Untitled Document
Product search:
Welcome Guest!
Shopping basket: RM0.00 ( 0 items )
Untitled Document
PRODUCT CATEGORIES
Financial Spiders
Management Spiders
School Spiders
Mawarsoft Products
Microcontrollers
Memory
Special Function ICs
Discrete Devices
All goodies
BRANDS
Complete networking database system for business and schools.

Show Siliconetics branded products
Bringing new solutions for musleems.

Show Mawarsoft branded products
CONTACT US:

Address:
SILICONETICS RESEARCH CORPORATION SDN. BHD.
Lot 2405C, Tingkat 1,
Jalan Pintu Geng ,
15100 Kota Bharu, Kelantan,
MALAYSIA

Telephone:
+609-7472748

E-mail:

mawarsoft_developer@yahoo.com
siliconetics@yahoo.com
mwrsoft@tm.net.my

Office Hour:
8.30 am to 5.30 pm
(Sunday - Thursday)

38.103.63.61 147

 
HOME
WELCOME / SELAMAT DATANG!
Selamat datang ke SILICONETICS.BIZ, sebuah portal sumber maklumat dan juga peralatan untuk teknologi berkaitan software dan juga hardware komputer. Tujuan utama portal ini adalah untuk mempromosi perisian keluaran Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. (SRC) yang menggunakan jenama Siliconetics™ dan Mawarsoft™. Pada masa yang sama, sebagai khidmat untuk masyarakat, portal ini juga menyediakan sumber maklumat tentang elektronik, terutamanya yang berkaitan dengan microcontroller (melalui Hitkr.com). Dengan cara ini, sebahagian daripada teknologi hasil penyelidikan SRC dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, terutamanya golongan pelajar. SILICONETICS.BIZ juga membekalkan sebahagian dari komponen yang diperlukan.
PERISIAN
...

MUAT-TURUN PERCUMA
Semua perisian berjenama Siliconetics™ dan Mawarsoft™ mempunyai versi penilaian yang boleh dimuat-turun secara percuma melalui laman Download. Ini adalah bagi membolehkan pengguna mencuba terlebih dahulu perisian tersebut sebelum membuat pembelian. Kebanyakan perisian ini akan berfungsi sepenuhnya dalam masa 30 hari dan selepas tamat tempoh penilaian, perisian ini tetap beroperasi dengan sebahagian fungsi mungkin dilumpuhkan. Terdapat juga perisian yang percuma sepenuhnya.
KOMPONEN ELEKTRONIK
Kami adalah sebuah syarikat barasaskan R&D dan bukannya pembekal komponen atau peralatan elektronik secara khusus. Pihak kami hanya menjual sebahagian daripada komponen yang dibeli secara pukal untuk tujuan R&D bagi membantu mereka-mereka yang berminat mendapatkan komponen-komponen tersebut. Pihak kami juga sentiasa cuba untuk menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga pasaran. Komponen-komponen ini hanya dijual secara online dan anda boleh membuat pesanan melalui laman Catalog.
CARA MEMBUAT PEMBELIAN SECARA ON-LINE
Pembelian secara online melalui SILICONETICS.BIZ dilakukan menggunakan bakul (basket) maya. Kandungan bakul akan disimpan (kekal) walaupun pengguna telah keluar dari portal. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pesanan:
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PEMBELIAN
Langkah 1: Pilih produk-produk yang dikehendaki dan masukkan ke dalam bakul. Anda boleh menambah produk yang dikehendaki pada bila-bila masa dari mana-mana laman apabila butang boleh di dapati.
Langkah 2: Apabila selesai memilih barangan yang dikehendaki, gunakan butang yang terdapat di atas laman "My Basket" untuk mengesahkan pesanan.
Langkah 3: Pada laman "Order Submition", sila isikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul kerana maklumat ini akan digunakan apabila pesanan diproses. Apabila selesai, tekan butang .
Langkah 4: Pada masa ini pesanan anda telah pun dimasukkan ke dalam databes SRC untuk diproses. Kakitangan SRC akan membuat pemeriksaan stok barangan yang dipesan, kemudian satu sebutharga akan dihantar kepada anda melalui e-mail dengan seberapa segera.
Langkah 5: Apabila menerima sebutharga tersebut, anda perlu menjelaskan harga barangan yang dipesan dan menghantar bukti pembayaran bersama nombor pesanan melalui faks, e-mail dan sebagainya atau menelefon terus kepada kami. Pembayaran boleh dibuat dengan cara pemindahan wang ke akaun SRC, melalui cek, bank draft, wang pos, money order dan sebagainya. Penghantaran produk akan dilakukan pada hari yang sama atau pada keesokan hari (hari bekerja) sebaik sahaja pengesahan pembayaran diterima. Bagi pembayaran melalui cek, pihak SRC berhak untuk menunggu sehingga cek tersebut jelas sebelum membuat penghantaran.
PENGEDAR-PENGEDAR
Produk-produk berjenama Siliconetics™ dan Mawarsoft™ juga boleh dibeli secara langsung melalui pengedar-pengedar berikut:
SENARAI PENGEDAR
1. ARCB Enterprise
Lot 15, Econsave, Balakong, Batu 11
43200 Cheras, Selangor, Malaysia.
(Phone: 019-2305845, Fax: 03-90744140)

Attn: Wan Zulkifli Abu Bakar
2. KIOSK Mawarsoft 1
Tingkat Bawah, Anjung Putrajaya.
3. Ismasufi Enterprise
Lot BGI-A, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
(Phone: 019-2788324)

Attn: En. Jamaluddin
4. Arus Intelek Enterprise
Blok C 9, Taman DTC, Jalan Pasir Puteh,
16150 Pasir Tumboh, Kelantan, Malaysia.
(Phone: 013-9394335)

Attn: Encik Rosman Md. Said
5. Homesoft Enterprise
No 16, Taman Suria Jaya, Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah, Malaysia.
(Phone: 012-5674035)

Attn: Haji Nor Azri
Product Catalog
Full access to our latest high quality products
Hitkr™
Learns robotics fun way
  Untitled Document
FEATURED PRODUCTS
Siliconetics Billing Spider WG3
Sistem perakaunan untuk perniagaan.
More...
Siliconetics Timetable Spider WG3
Sistem pembina jadual waktu sekolah automatik.
More...
Mawarsoft Qari CD - Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi
Al Quran Digital dengan bacaan berpenunjuk. Lengkap 30 juzuk.
More...
Mawarsoft Q Player
Perisian pemain kandungan multimedia dengan keupayaan untuk memainkan kandungan Al-Quran digital (QEx dan QEx2 (bertajwid)) dan kandungan multimedia (MEx).
More...
SR.Com

©2008 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. (748757 V)
Powered by: Siliconetics BizGate 3.0.61