LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PEMBELIAN |
Langkah 1: |
Pilih produk-produk yang dikehendaki dan masukkan ke dalam bakul. Anda boleh menambah produk yang dikehendaki pada bila-bila masa dari mana-mana laman apabila butang boleh di dapati. |
Langkah 2: |
Apabila selesai memilih barangan yang dikehendaki, gunakan butang yang terdapat di atas laman "My Basket" untuk mengesahkan pesanan. |
Langkah 3: |
Pada laman "Order Submission", sila isikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul kerana maklumat ini akan digunakan apabila pesanan diproses. Apabila selesai, tekan butang . |
Langkah 4: |
Pada masa ini pesanan anda telah pun dimasukkan ke dalam databes SRC untuk diproses. Kakitangan SRC akan membuat pemeriksaan stok barangan yang dipesan, kemudian satu sebutharga akan dihantar kepada anda melalui e-mail dengan seberapa segera. Caj pengangkutan, jika ada, akan dimasukkan ke dalam sebutharga tersebut. |
Langkah 5: |
Apabila menerima sebutharga tersebut, anda perlu menjelaskan harga barangan yang dipesan dan menghantar bukti pembayaran bersama nombor pesanan melalui faks, e-mail dan sebagainya atau menelefon terus kepada kami. Pembayaran boleh dibuat dengan cara pemindahan wang ke akaun SRC/Perisian Mawar, melalui cek, bank draft, wang pos, money order dan sebagainya. Penghantaran produk akan dilakukan pada hari yang sama atau pada keesokan hari (hari bekerja) sebaik sahaja pengesahan pembayaran diterima. Bagi pembayaran melalui cek, pihak SRC berhak untuk menunggu sehingga cek tersebut jelas sebelum membuat penghantaran. |