Untitled Document
 |
|
 |
|
 |
SHOUT BOX
|
 |
BANK ACCOUNTS: |
| Sebarang pembayaran kepada SRC boleh dilakukan melalui akaun-akaun bank berikut. Semua akaun adalah on-line.
|
| Bank/Akaun: |
HSBC AMANAH |
| No. Akaun: |
033-080953021 |
| Nama Akaun: |
SILICONETICS RESEARCH CORP. SDN BHD |
|
| Bank/Akaun: |
MAYBANK ISLAMIC |
| No. Akaun: |
553104210805 |
| Nama Akaun: |
PERISIAN MAWAR |
|
|
 |
CONTACT US: |
Address:
SILICONETICS RESEARCH CORPORATION SDN. BHD.
Lot 2405-C, Tingkat 1,
Jalan Pintu Geng ,
15100 Kota Bharu, Kelantan,
MALAYSIA
Telephone:
+609-7643230
E-mails:
siliconetics@yahoo.com
Office Hour:
8.30 am to 5.30 pm
(Saturday - Thursday)
|
| 54.234.42.16 |
Total Hits TODAY: 1366 |
|
|
|
|
Membina Jadual Waktu Sekolah Dengan Timetable Ant/Spider (... In progress) |
Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara untuk membina jadual waktu sekolah menggunakan produk Siliconetics Timetable Ant/Spider bermula dari awal. Ini bagi memberikan gambaran bahawa pembinaan jadual menggunakan perisian ini adalah cukup mudah dan cepat.
Step 1: ABC.... testing 123
Step 2: Tajuk 2... testing 123
|
|
MEMBUAT PCB MENGGUNAAN KAEDAH "LASER TRANSFER" |
Setiap projek elektronik memerlukan penyambungan litar yang biasanya melibatkan banyak komponen dan agak rumit. Terdapat banyak cara untuk menyambung litar terutama pada peringkat protaip, misalnya menggunakan "point-to-point connection", tag board, bread board, donuts board, strip board atau printed circuit board (PCB). Di dalam semua kaedah yang disebutkan, PCB adalah kaedah yang paling hampir dengan produk sebenar. Di sini akan dibincangkan cara untuk menghasilkan PCB untuk tujuan prototaip ataupun mungkin untuk pengeluaran bersekala kecil.
Step 1: TEORI PCB Papan litar bercetak (PCB) dihasilkan dengan cara mencetak litar (menutup bahagian-bahagian tertentu) di atas papan bersalut tembaga (copper clad board) dengan bahan kalis air. Papan tersebut kemudiannya dicelup ke dalam bahan penghakis (biasanya ferric chloride) untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak ditutup. Apabila semua bahagian yang tidak diperlukan dihakis keluar, maka litar yang bercetak akan terbentuk.
Step 2: TEORI PEMINDAHAN LASER (LASER TRANSFER) Toner pencetak laser adalah bahan kalis air yang mencair apabila dipanaskan. Ini membolehkan imej yang dicetak di atas kertas dipindahkan ke papan litar melalui teknik pemanasan. Kami telah menguji kertas-kertas yang sesuai dan mendapati kertas yang terbaik adalah kertas foto (inkjet photo paper). Kertas ini boleh mengelakkan toner dari mengembang apabila dipanaskan dan mampu menghasilkan garis yang lebih halus. Ini membolehkan litar untuk SMD (surface mount devices) dihasilkan dengan touch-up yang paling minima. Foto di sebelah adalah contoh litar SMD yang dihasil menggunakan pemindahan laser kertas inkjet berkepadatan tinggi.
Step 3: Menghasilkan Artwork Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan artwork PCB. Kebanyakannya dilengkapi ciri-ciri "auto conversion" daripada litar ke PCB dan juga "auto routing" bagi mencari laluan yang sesuai. Bagi yang sukakan sesuatu yang lebih natif, anda boleh menggunakan Photoshop atau mana-mana penyunting grafik. Sekiranya anda menggunakan grafik bitmap, pastikan anda melukis artwork dari sebelah komponen.
Step 4: Mencetak Artwork yang telah dihasilkan perlu dicetak dengan pencetak lazer. Artwork hendaklah dicetak dari sebelah pandangan komponen kerana ia akan ditelangkuplkan kepada permukaan PCB.
Step 5: Memindahkan Hasil Cetakan Sebelum melakukan proses pemindahan pastikan permukaan PCB dibersihkan terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan kertas pasir atau kapas besi. Elakkan dari menyentuh permukaan PCB kerana kesan gris akan menghalang toner dari melekat.
Step 6: Menghakis (Etch) Bahagian tembaga yang tidak dikehendaki dibuang melalui proses penghakisan atau "ethcing". Untuk melakukannya, campurkan ferric chloride ke dalam sedikit air, cukup untuk meneggelamkan PCB, di dalam bekas plastik. Kemudian masukkan PCB dengan pemukaan bercetak di bahagian atas. Ayak bekas plastik tersebut untuk mengalirkan larutan ferric chloride di permukaan PCB. Lakukan sehingga semua bahagian tembaga yang tidak dikehendaki dihakis.
Step 7: Membersih Bersihkan toner yang tertinggal di atas permukaan PCB dengan menggunakan kertas pasir atau kapas besi.
|
|
|
|
| |
|
|
Untitled Document
|